Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 9am

Kalau Ada Yang Label Saya Simbol Seks...Lantaklah!

..

Selebriti popular Elly Mazlein, 38, tidak memperdulikan tanggapan sesetengah pihak yang melabelkan dirinya sebagai simbol seks dek kerana penampilannya yang semakin hari semakin cantik serta bentuk tubuhnya yang kelihatan montok berbanding sebelum ini.

Menurut ibu tunggal anak satu ini, sebagai anak seni dia sedar segala berkaitan diri akan menjadi perhatian umum dan dia tidak mampu untuk menutup mulut sesiapa daripada memberikan komen baik komen positif mahupun negatif.

"Lantaklah apa pun yang mereka hendak cakap. Itu hak masing-masing, kita tidak boleh nak tutup mulut orang.

"Lagipun sebagai artis, saya sedar segala gerak geri serta penampilan saya sering diperhatikan dan saya terbuka dengan apa saja yang orang perkatakan mengenai diri saya," katanya ketika ditemui pada sidang media Mentor Otai, bertempat di Hard Rock Cafe, semalam.

Dalam pada itu, Elly yang juga merupakan duta produk kecantikan Lentik Dara, menegaskan dia tidak melakukan sebarang pembedahan atau pengubahan untuk membesarkan payudaranya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Jelasnya, perubahan fizikal pada bahagian tersebut disebabkan air susu dan anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun lebih masih lagi menyusu badan.

"Payudara saya original. Alhamdulillah rezeki Sefhia masih ada, air susu masih banyak.

"Takkan saya nak melakukan pembedahan sedangkan anak saya masih menyusu badan.

"Orang nampak berbeza sebab dulu saya anak dara, sekarang mak dara," bidasnya sambil tertawa.

Dalam perkembangan lain, Elly akan bergandingan dengan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni untuk mengendalikan program realiti Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3, Ahad ini, 9 malam.

Selain itu, dia akan muncul menerusi drama bersiri bertajuk Teratai Kemboja yang bakal ditayangkan tidak lama lagi